Ahmad Lebai Sudin

Ahmad bin Lebai Sudin
أحمد لباي سودين
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Bukit Lada
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Ahmad Izzat Mohamad Shauki
Digantikan oleh Salim Mahmood
Majoriti1,324 (PRU-13)
Dalam jawatan
25 April 1995 – 29 November 1999
Didahului olehKawasan baharu
Digantikan oleh Ismail Khamis
Majoriti1,988 (PRU-9)
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad bin Lebai Sudin

(1958-11-11) 11 November 1958
Kampung Panchor, Pokok Sena, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Laman webFacebook

Dato' Haji Ahmad bin Lebai Sudin (lahir 11 November 1958) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Bukit Lada selama dua penggal (1995-1999 dan 2013-2018).

Beliau memegang ijazah dengan Kepujian dalam Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya (kelas 1982). Sejurus selepas belajar di UM, Ahmad pergi ke Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN) dan menerima Diploma Pengurusan Awam (kelas 1983). Beliau telah dipuji kerana telah meningkatkan kualiti pertanian di Bukit Lada terutamanya semasa menjadi Exco Kedah pada tahun 1999.