Ahmad Badawi Abdullah

Datuk Haji
Ahmad Badawi Abdullah
J.M.N. (Kehormat), P.P.M.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Bertam
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Rahman Abbas
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
1962–1968
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Kepala Batas
Dalam jawatan
1959–1974
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehKonstituensi dibubar
Maklumat peribadi
Lahir(1907-10-13)13 Oktober 1907
Syuib Ali, Makkah, Arab Saudi
Meninggal dunia7 Mei 1977(1977-05-07) (umur 69)
Parti politik UMNO (1946-1977)
Parti Islam Se-Malaysia (1951-1954, keanggotaan serentak)
PasanganKailan binti Hassan Kwantung
Anak4 (Abdullah, Muhammad Tahir, Ibrahim, Aminah)
Kediaman Kepala Batas, Pulau Pinang
PekerjaanAhli politik, ulama

Haji Ahmad Badawi Abdullah (13 Oktober 1907 – 7 Mei 1977) atau nama sebenar, Haji Ahmad bin Abdullah merupakan seorang ulamak dan ahli politik Malaysia kelahiran Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi. Beliau merupakan antara pengasas Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), dan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), selepas PAS memansuhkan sistem dwi-keahlian. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepala Batas dan Bertam, Pulau Pinang. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada tahun 1964 hingga 1968.

Anaknya iaitu Abdullah bin Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5.