Adiwiraku

Adiwira Ku
PengarahEric Ong
PenulisJason Chong
Cheryl Ann Fernando
Eric Ong
Dihasilkan olehEric Ong
Jason Chong (eksekutif)
Khairul Anuar Latip (eksekutif)
DibintangiSangeeta Krishnasamy
Syarikat
penerbitan
Sol Pictures
Iceberg Design
Filmecca Studios
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
19 Mac 2017
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu, Inggeris

Adiwira Ku (atau Adiwiraku) ialah sebuah filem drama Malaysia 2017 arahan Eric Ong terbitan bersama Sol Pictures, Iceberg Design dan Filmecca Studios. Ia dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong dan Ahmad Adnin Zidane Muslim. Filem yang berdasarkan dari kisah benar ini ditayangkan pada 9 Mac 2017. Pada 29 September 2017, filem ini memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Sangeeta Krishnasamy di Festival Filem Malaysia ke-29 sehingga menjadikannya pelakon bukan berbangsa Melayu pertama merangkul anugerah tersebut.