Jason Chong
Jason Chong | |
|---|---|
| Kelahiran | Jason Chong Chia Shien 1980 (umur 44–45) |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis skrip |
| Tahun aktif | 2002–kini |
| Jason Chong | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 莊家世恩 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 庄家世恩 | ||||||
| |||||||
Jason Chong Chia Shien (Cina Ringkas: 庄家世恩; Cina Tradisional: 莊家世恩; pinyin: Zhuāngjiā shì ēn; lahir 1980) ialah seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Sebagai pengarah, beliau terkenal dengan mengarahkan filem-filem seperti Belukar (2010), Ular (2013) dan Dendam Orang Mati (2014). Menerusi filem Adiwiraku yang mana beliau berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit eksekutif, Chong memenangi Festival Filem Malaysia ke-29 bagi kategori Cerita Asal Terbaik.