Abu Bakar Harun
Abu Bakar Harun SSAP. DIMP. SMP. | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Chini | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 6 Mei 2020 | |
| Didahului oleh | Mohd Jafri Ab Rashid |
| Digantikan oleh | Mohd Sharim Md Zain |
| Majoriti | |
| Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Menteri Besar Pahang | Adnan Yaakob |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abu Bakar bin Harun 1960 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 6 Mei 2020 (umur 59–60) Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | (1983–2020) |
| Pasangan | Datin Seri Razana Fatin Abdullah @ Razali |
| Anak | 2 |
Yang Berhormat Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Harun (1960 – 6 Mei 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Pahang. Beliau ialah bekas EXCO Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang disandang dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2004 sehingga kematian beliau pada tahun 2020.