Abu Al-Nasr Al-Farabi

Ahli Falsafah Islam
GelaranAl-Mu'allim al-Tsani (Guru Kedua)
NamaAbū Naṣr Muḥammad ibn Muḥammad Fārābī
Lahir872 M
Faryāb di Khorāsān
Wafat950 M
Damsyik
Nama lainAlpharabius
EtnikTurki
ZamanZaman Kegemilangan Islam
Minat utama Metafizik, Falsafah Politik, Logik, Muzik, Sains, Etika, Mistik, Epistimologi
Karya yang popularkitāb al-mūsīqī al-kabīr ("The Great Book Of Music"), ārā ahl al-madīna al-fāḍila ("The Virtuous City"), kitāb iḥṣāʾ al-ʿulūm ("On The Introduction Of Knowledge"), kitāb iḥṣāʾ al-īqā'āt ("Classification Of Rhythms")
dipengaruhi oleh
Mempengaruhi

Tokoh Abu Al-Nasr Al-Farabi (محمد فارابی, Bahasa Turki: Farabi) atau dikenali sebagai "Al-Farabi" juga Alpharabius di dunia Barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Islam yang hebat di dalam dunia Turki Islam pada awal Zaman Pertengahan. Beliau juga terkenal sebagai ahli kosmologi, logik dan muzik. Beliau hidup antara tahun 870 - 950 M. Beliau berasal dari Farab, Kazakhstan.

Al-Farabi mendapat gelaran di kalangan sarjana Muslim sebagai "Guru Kedua", yakni pewaris Aristotle, "Guru Pertama", melalui ulasan dan treatis karangannya.