Aristoteles
Aristotélēs Ἀριστοτέλης | |
|---|---|
Salinan Romawi (dalam marmer) dari perunggu Yunani patung dada Aristoteles oleh Lysippos (s. 330 SM), dengan mantel pualam modern. | |
| Kelahiran | 384 SM Stagira, Chalcidice |
| Meninggal dunia | 322 SM (umur 61 atau 62) Euboea |
| Era | Filsafat kuno |
| Falsafah | Filsuf barat |
| Sekolah | Sekolah Peripatetik Aristotelianisme |
Kepentingan utama | Fisika Metafisika Puisi Teater Musik Retorika Politik Pemerintahan Etika Biologi Zoologi |
Idea cemerlang | Golden mean Logika Silogisme |
Mempengaruhi
| |
Aristoteles (Yunani: Αριστοτέλης, rumi: Aristotelēs, bahasa Inggeris: Aristotle, Arab: أَرِسْطُو, rumi: Ārisṭū atau أَرِسْطُوطَالِيس Ārisṭūṭālīs dimelayukan sebagai Arsatalis; 384–322 SM) adalah seorang ahli falsafah dan polimatik Yunani semasa zaman Klasik di Yunani Kuno. Beliau didikan Plato pengasas Lykeion, sekolah falsafah Peripatetik, dan kebudayaan aristoteles. Penulisannya merangkumi banyak subjek termasuk fizik, biologi, zoologi, metafizik, logik, etika, estetika, puisi, teater, muzik, retorik, psikologi, linguistik, ekonomi, politik, dan pemerintahan. Aristoteles memberikan sintesis kompleks dari pelbagai falsafah yang ada sebelumnya. Di atas semua ajarannya, Barat mewarisi leksikon intelektualnya, serta masalah dan kaedah penyelidikan. Hasilnya, falsafahnya memberikan pengaruh yang unik pada hampir semua bentuk pengetahuan di Barat dan terus menjadi subjek perbincangan falsafah kontemporari.