Abdullah Jusoh
Abdullah Jusoh | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Pantai Merdeka | |
| Dalam jawatan 2008–2013 | |
| Didahului oleh | Shuib Saedin |
| Digantikan oleh | Ali Yahaya |
| Majoriti | 503 (PRU-12) |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
| Dalam jawatan 2008–2010 | |
| Menteri Besar | Azizan Abdul Razak |
| Portfolio | 2008–2009: Pelajaran dan Koperasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2009–2010: Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abdullah bin Jusoh |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Abdullah bin Jusoh ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi DUN Pantai Merdeka dari 2008 hingga 2013 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Dalam tempoh tersebut, beliau pernah dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selama dua tahun pada 2008-2009 dan 2009-2010 di bawah pentadbiran Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Pada tahun khidmat 2008-2009, beliau memegang portfolio Pelajaran dan Koperasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, manakala pada tahun khidmat 2009-2010, beliau memegang portfolio Jawatankuasa Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan. Khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tahun berikutnya tidak disambungkan.