Abdul Karim Rahman Hamzah

Abdul Karim Rahman Hamzah
عبد الكريم الرحمن حمزة
Jawatan menteri (Sarawak)
2011–2017Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia
2017Menteri Muda Belia dan Sukan
2017–Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan
Parti yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak
2001–2018Barisan Nasional
2018Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
2018–Gabungan Parti Sarawak
Maklumat peribadi
Lahir (1960-05-15) 15 Mei 1960
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(-2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
(sejak 2018)
PasanganDatin Sri Hajah Zuraini Binti Abd Jabbar
KediamanKuching, Sarawak, Malaysia
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

YB Dato' Sri Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah (Jawi: عبد الكريم الرحمن حمزة; lahir 15 Mei 1960), merupakan ahli politik Malaysia yang berpangkalan di negeri Sarawak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen utama gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) di negeri itu. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak sejak Mei 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak dari Januari 2017 hingga Mei 2017 dan Pembantu Menteri Pembangunan Perumahan dan Belia Negeri Sarawak sejak September 2011 sehingga Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) untuk Asajaya sejak September 2001. Di peringkat akar umbi parti, beliau adalah Ketua Penerangan Bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Dan Merangkap Jurucakap Utama Gabungan Parti Sarawak.