Abdul Kalam
A. P. J. Abdul Kalam | |
|---|---|
| ஆ. ப. ஜெ. அப்துல் கலாம் | |
Abdul Kalam pada tahun 2008 | |
| Presiden India ke-11 | |
| Dalam jawatan 25 Julai 2002 – 25 Juai 2007 | |
| Perdana Menteri | Atal Bihari Vajpayee Manmohan Singh |
| Naib Presiden | Bhairon Singh Shekhawat |
| Didahului oleh | Kocheril Raman Narayanan |
| Digantikan oleh | Pratibha Devisingh Patil |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 Oktober 1931 Rameswaram, British India (kini Tamil Nadu, India) |
| Meninggal dunia | 27 Julai 2015 (umur 83) Shillong, Meghalaya, India |
| Tempat belajar | Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli Institut Teknologi Madras |
| Bidang pengkhususan | Profesor, penulis, saintis, jurutera aeroangkasa |
| Laman web | abdulkalam.com |
Dr Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam (Tamil: ஆவுல் பக்கிர் ஜைனுலாபுதீன் அப்துல் கலாம்; diringkaskan kepada ஆ. ப. ஜெ. அப்துல் கலாம் APJ Abdul Kalam) atau ringkasnya (15 Oktober 1931—27 Julai 2015) atau Dr. ialah seorang saintis India yang pernah berkhidmat sebagai Presiden India ke-11. Anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu ini belajar fizik di Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli serta kejuruteraan aeroangkasa di Institut Teknologi Madras (MIT), Chennai.
Beliau menjadi jurutera aeroangkasa di bawah Pertubuhan Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan (DRDO) serta Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO). Abdul Kalam juga dikenali sebagai Missile Man of India ("Lelaki Peluru Berpandu India") atas jasanya membangunkan peluru berpandu balistik dan teknologi pelancaran. Beliau memainkan peranan penting dalam organisasi, teknikal dan politik dalam ujian nuklear Pokhran-II (1998) yang pertama sejak ujian nuklear negara tersebut pada tahun 1974. Bagaimanapun menyatakan beliau adalah ahli fizik nuklear tanpa kuasa dan hanya menjalankan kerja bagi pihak Homi J. Bhabha dan Sarabhai Vikram.
Kalam dilantik sebagai Presiden India pada tahun 2002 setelah mengalahkan Lakshmi Sahgal dan disokong oleh parti Kongres Kebangsaan India dan Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti politik utama India. Beliau menjadi profesor pelawat di Institut Pengurusan Ahmedabad India dan Institut Pengurusan Indore India, Canselor Institut Sains Angkasa India dan Teknologi Thiruvananthapuram, profesor Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Anna (Chennai), Universiti JSS (Mysore) dan melakukan lawatan ke seluruh universiti India.
Kalam amat menyokong rancangan pembangunan India menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dalam bukunya India 2020.
Beliau menerima beberapa anugerah berprestij antaranya termasuk Bharat Ratna iaitu penghormatan tertinggi awam India. Kalam memberi motivasi dan dan berinteraksi dengan komuniti pelajar di India. Beliau melancarkan Misi Belia India 2011 sebagai suatu langkah membanteras rasuah di India.
Ketika Abdul Kalam menyampaikan sebuah syarahan di Institut Pengurusan India Shillong, beliau tersungkur akibat penyakit jantung dan kemudiannya meninggal dunia pada 27 Julai 2015 berusia 83 tahun. Beribu-ribu orang termasuk orang kenamaan dalam negara menghadiri majlis pengebumian jenazahnya di kampung halamnanya di Rameshwaram; di mana beliau dikebumikan dengan penghormatan penuh yang diberikan oleh pemerintah India.