Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof P.S.M., P.S.D., S.P.M.S., D.C.S.M., D.S.S.A., K.M.N. | |
|---|---|
| Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor | |
| Dalam jawatan 1 Januari 2021 – 28 Februari 2025 | |
| Dilantik oleh | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Didahului oleh | Mohammed Khusrin Munawi |
| Digantikan oleh | Salehuddin Saidin |
| Pengerusi SPR Malaysia | |
| Dalam jawatan 31 Disember 2008 – 23 Januari 2016 | |
| Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
| Didahului oleh | Ab Rashid Ab Rahman |
| Digantikan oleh | Mohd Hashim Abdullah |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 24 Januari 1950 Sabak Bernam, Selangor |
Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof (lahir di Sabak Bernam, Selangor, 24 Januari 1950; umur 75 tahun) ialah seorang pentadbir awam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa pada 1 Januari 2021. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dari 31 Disember 2008 hingga 23 Januari 2016.
Abdul Aziz juga pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri di Selangor (2001-2004) dan Melaka (2000-2001).