Kick-Ass (filem)
| Kick-Ass | |
|---|---|
| Pengarah | Matthew Vaughn |
| Penulis | Matthew Vaughn Jane Goldman Mark Millar (buku komik) John Romita, Jr. (pengilustrasi komik) |
| Dihasilkan oleh | Matthew Vaughn Brad Pitt Kris Thykier Adam Bohling Tarquin Pack David Reid |
| Dibintangi | Aaron Johnson Christopher Mintz-Plasse Chloƫ Moretz Nicolas Cage Mark Strong |
| Dikisahkan oleh | Aaron Johnson |
| Sinematografi | Ben Davis |
| Disunting oleh | Pietro Scalia Jon Harris Eddie Hamilton |
| Muzik oleh | John Murphy Henry Jackman Marius de Vries Ilan Eshkeri |
Syarikat penerbitan | Marv Films Plan B Entertainment |
| Diedarkan oleh | Universal Pictures Lionsgate |
Tarikh tayangan | 26 Mac 2010 (UK) 16 April 2010 (AS) |
Masa tayangan | 117 minit |
| Negara | Amerika Syarikat United Kingdom |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $28 juta |
| Pecah panggung | $93,568,406 |
Kick-Ass ialah filem adiwira komedi gelap tahun 2010 berdasarkan buku komik dengan judul yang sama oleh Mark Millar dan John Romita, Jr. Filem ini diarahkan oleh Matthew Vaughn, yang turut menghasilkan filem dengan pelakon Brad Pitt, dan menulis lakon layar bersama dengan Jane Goldman. Filem ini ditayangkan pada tarikh 26 Mac 2010 di United Kingdom dan 16 April 2010 di Amerika Syarikat.
Filem ini menceritakan kisah seorang remaja biasa, Dave Lizewski, yang ingin menjadi adiwira dalam kehidupan nyata yang menggelarkan dirinya Kick-Ass. Dave terlibat dalam pertempuran besar ketika dia bertemu Big Daddy, bekas polis yang, dalam usahanya untuk menumpaskan pengedar dadah Frank D'Amico, telah melatih anak perempuannya yang berumur sebelas tahun untuk menjadi seorang vigilante kejam iaitu Hit-Girl.
Kick-Ass telah menghasilkan beberapa kontroversi kerana filem ini mengandungi unsur tidak senonoh dan keganasan, terutama untuk watak Hit-Girl. Filem ini bagaimanapun telah menerima sebahagian besar ulasan kritikan positif.