A Beautiful Mind (filem)
| A Beautiful Mind | |
|---|---|
| Pengarah | Ron Howard |
| Lakon layar | Akiva Goldsman |
| Berdasarkan | A Beautiful Mind oleh Sylvia Nasar |
| Dihasilkan oleh | Brian Grazer Ron Howard |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Roger Deakins |
| Disunting oleh | Daniel P. Hanley Mike Hill |
| Muzik oleh | James Horner |
Syarikat penerbitan | Imagine Entertainment |
| Diedarkan oleh | Universal Pictures (Amerika Utara) DreamWorks Pictures (Antarabangsa) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 135 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | English |
| Bajet | $58 juta |
| Pecah panggung | $313.6 juta |
A Beautiful Mind ialah sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2001 arahan oleh Ron Howard daripada lakon layar yang ditulis oleh Akiva Goldsman. Filem ini mengisahkan hidup John Forbes Nash Jr., seorang ahli matematik tersohor dan pemenang bersama Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi; tokoh tersebut dimainkan wataknya oleh Russell Crowe yang membintangi bersama Ed Harris, Jennifer Connelly, Paul Bettany, Adam Goldberg, Judd Hirsch, Josh Lucas, Anthony Rapp dan Christopher Plummer.
Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember 2001. Ia mengutip $313 juta di seluruh dunia dan memenangi empat Anugerah Akademi, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Solekan Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.