16 Puasa
| 16 Puasa | |
|---|---|
| Genre | Komedi, drama |
| Format | Telefilem |
| Ditulis oleh | Mamat Khalid |
| Pengarah | Mamat Khalid |
Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Aminuddin Hanafiah Azrin Ahmad Kadri |
| Penerbit | Aminuddin Hanafiah Azrin Ahmad Kadri |
| Penyunting |
|
| Tempoh siaran | 86 minit |
Syarikat penerbitan | Vision Studio Sdn. Bhd. |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro First Eksklusif Astro Citra Astro Mustika HD |
| Siaran asal | 8 Jun 2017 (Astro First Eksklusif) 2 Jun 2018 (Astro Citra dan Astro Mustika HD) |
16 Puasa merupakan sebuah telefilem komedi Malaysia 2017 arahan dan tulisan Mamat Khalid. Dibintangi oleh Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Nasrizal Ngasri dan Rab Khalid, telefilem yang sarat dengan pengajaran ini mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.
Telefilem ini merupakan kesinambungan daripada 15 Puasa (telefilem) yang dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie dan memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada 8 Jun 2017 dan dipertontonkan buat pertama kali di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 2 Jun 2018.
Sekuel 17 Puasa menemui penonton di kaca TV pada 22 Mei 2019.