Bell Ngasri

Bell Ngasri
Nasrizal ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 Januari 2015.
Kelahiran
Nasrizal bin Ngasri

(1980-08-30) 30 Ogos 1980
PendidikanDiploma Penyiaran
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif1986–kini
PasanganNur Farhana binti Mahamad Fauri (k. 2007)
Anak-anak3
Ibu bapa
Saudara

Nasrizal bin Ngasri (lahir 30 Ogos 1980) lebih dikenali sebagai Bell Ngasri ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Prolifik dalam televisyen dalam filem di Malaysia sejak 1980-an, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, seterusnya memperluaskan bakatnya apabila menginjak dewasa sekaligus dikenali dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya.

Antara filem-filem yang pernah dibintanginya seperti Puteri Impian (1997), Cinta 200 Ela (2002), Castello (2006), Tolong Awek Aku Pontianak (2011), Cicakman 3 (2015), Bulan dan Pria Terhebat (2020) dan 18 Puasa di Kampong Pisang (2021). Nasrizal juga telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Idaman (1998–2001), KL Menjerit The Series (2008), Ahmad Durrah (2010), Pengembaraan Jason Murad (2015), Bibik-Bibikku (2016) dan Kampong Pisang Bersiri-siri (2020–2021). Beliau merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri.