suka

Bahasa Melayu

Takrifan

suka

  1. perasaan girang, suka hati.
    Saya suka melihat kanak-kanak itu ketawa.
  2. mahu, rela, sudi.
    Saya akan beli kasut itu bila saya suka.
  3. gemar akan.
    Saya tidak suka ikan darat.
  4. setuju, cocok, sesuai, terasa kesal.
    Saya tidak suka dia datang ke sini.
  5. kasih, cinta, sayang.
    Saya masih teringat akan kasut kesukaan saya.
  6. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali.
    Kasut saya suka berlubang.

Kata terbitan

  • kesukaan:
    1. kegembiraan.
    2. kegemaran.
    3. kemahuan.
    4. yang disayangi, dicintai.
  • menyukai:
    1. meminati.
    2. menggemari.
    3. mengasihi, mencintai, menyayangi.
    4. menaruh simpati.
  • menyukai: menggembirakan.
  • suka-suka: seronok-seronok.
  • suka hati/suka ria: riang gembira, bergembira.
  • sukakan: kekasih, kendak.

Etimologi

Daripada bahasa/perkataan Melayu.

Sebutan

Kamus Dewan: su·ka

Disenangi

Terjemahan

  • Inggeris: delight, like, love

Tesaurus

Sinonim
kasih, sayang, gemar.
Antonim
benci.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Suluk

Takrifan

Kata nama

suka

  1. muntahan

Etimologi

Diwarisi daripada bahasa Filipina Purba *suka (muntah)

Kata terbitan