sira
Bahasa Melayu
Takrifan 1
sira
- Gula yang disalutkan pada kuih atau kudapan lain sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk, gula sira.
Takrifan 2
Etimologi
Diturunkan daripada bahasa Melayik Purba *sira, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *qasiʀa, daripada bahasa Austronesia Purba *qasiʀa.
sira
- (Brunei) Suatu bahan pepejal putih dan masin yang diperoleh dari air laut atau bawah tanah dan mempunyai banyak kegunaan, lazimnya dalam masakan; natrium klorida.
- Sinonim: garam
- Tempat binatang liar meminum air, sesapan.
Takrifan 3
sira
- (sastera lama, Jawa) Kata ganti nama kedua, engkau.
Sebutan
- Kamus Dewan: si·ra
Tulisan Jawi
سيرا
Rujukan
- "sira" di Kamus Dewan, Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, →ISBN, 2005.
Pautan luar
- "sira" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.