kaki

Bahasa Melayu

Takrifan

kaki

  1. (anatomi) anggota badan (mulai dari paha ke bawah) untuk berjalan (berdiri, melompat dan lain-lain).
    Dia melunjurkan sebelah kakinya.
  2. Bahagian kaki yang di sebelah bawah (dari buku lali ke bawah):
    Kakinya terlalu besar untuk kasut itu.
  3. Bahagian (sebagai penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri;
    Contohnya: kaki kerusi, kaki meja.
  4. Bahagian yang di sebelah bawah sesuatu.
    Contohnya: kaki gunung, kaki kain, kaki langit, kaki seluar.
  5. Ukuran panjang yang sama dengan 12 inci atau kira-kira 30 sentimeter.
    Tanda itu kira-kira satu kaki setengah tingginya.
  6. (kiasan) (orang yang) suka melakukan sesuatu.
    Contohnya: kaki botol, kaki buli, kaki judi.

Penjodoh bilangan

kaki (tunggal sekaki)

  1. Penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda.
    sekaki bunga.
    sekaki payung.
    sekaki kunyit.

Kata majmuk

Ralat Lua pada baris 655 di Modul:columns: Parameter "title" is not used by this template..

Kata terbitan

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *kaki, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *qaqay, daripada bahasa Austronesia Purba *qaqay.

Sebutan

  • Kamus Dewan: ka·ki
  • AFA(kekunci): /kaki/
  • Rima: -aki, -ki, -i
  • Audio (MY):(file)

Terjemahan

Anagram

Rujukan

Pautan luar

  • "kaki" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

Takrifan

Kata nama

kaki (plural kaki-kaki)

  1. (anatomi) kaki (bahagian bawah haiwan)

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *kaki, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *qaqay, daripada bahasa Austronesia Purba *qaqay.

Pautan luar

Bahasa Jepun

Kata nama

Ralat Lua pada baris 728 di Modul:Jpan-headword: Parameter "hira" is not used by this template..

  1. : pisang kaki
  2. 牡蠣: tiram (boleh makan)
  3. 夏期: musim panas
  4. 花卉: bunga-bunga
  5. 火器: senjata api
  6. 夏季: musim panas
  7. 火気: api, bara
  8. 下記: berikutnya