elemen
Bahasa Melayu
Takrifan
Kata nama
elemen
- Perkara-perkara yang mempengaruhi sesuatu keadaan; unsur.
- (kimia) Zat kimia teringkas yang terdiri daripada sekumpulan atom/zarah sama yang tidak boleh lagi dipisahkan kepada bahagian-bahagian lebih kecil secara kimia; unsur kimia.
- (falsafah) Empat bahan asas semula jadi yang dikatakan membentuk asas alam semesta, iaitu api, air, tanah dan angin.
Etimologi
Pinjaman daripada bahasa Inggeris element.
Sebutan
- Kamus Dewan: é·lé·men
Tulisan Jawi
ايليمن
Tesaurus
Sinonim
- unsur
- unsur kimia (takrifan 2)
Rujukan
- "elemen" di Kamus Dewan, Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, →ISBN, 2005.
Pautan luar
- "elemen" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.