bintang

Bahasa Melayu

Takrifan

bintang

  1. salah satu cakerawala yang mengeluarkan cahaya dan haba dan kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam.
    Matahari ialah bintang yang paling dekat dengan Bumi.
  2. gugusan bintang yang merupakan lukisan (benda atau binatang).
  3. rasi, buruj.
    Bintang Virgo adalah antara yang terbesar.
  4. nasib, untung;
    Bintangnya sudah jatuh sejak peristiwa itu.
  5. pingat (tanda kebesaran atau jasa).
    Beliau dikurniai bintang kehormatan kerana jasanya kepada negara.
  6. benda (lukisan) yang menyerupai bintang.
  7. orang yang terkemuka dalam lapangan sukan, filem dll.
    Dia merupakan bintang terbaru bola sepak.

Terbitan

  • berbintang: ada bintang, mempunyai bintang.
  • berbintang-bintang:
    • banyak bintangnya (di langit dll).
    • (bintang-bintangan) berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata).
    • (bintang-bintangan) berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll).
  • membintangi: memainkan peranan sebagai bintang (filem, sandiwara, dsb).
  • sebintang serasi, sesuai, secocok.

Sebutan

  • Kamus Dewan: bin·tang
  • AFA(kekunci): /bintaŋ/
  • Rima: -intaŋ, -taŋ, -aŋ
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

بينتڠ

Terjemahan


Bahasa Iban

Takrifan

Kata nama

bintang

  1. bintang
    Peda meh bintang ba langit.
    Lihatlah bintang di langit

Bahasa Indonesia

Takrifan

Kata nama

bintang (plural bintang-bintang)

  1. bintang
Sistem Suria
Bintang: Matahari
Planet: Utarid | Zuhrah | Bumi | Marikh | Musytari | Zuhal | Uranus | Neptun