abdi

Carilah maklumat lanjut mengenai abdi di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Etimologi

Daripada bahasa Arab عَبْد (ʕabd).

Takrifan

abdi

  1. Orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh tuannya, hamba, hamba tebusan.

Sebutan

Kamus Dewan: ʕab·di / ab·di

Tulisan Jawi

عبدي

Terbitan

  • mengabdi/مڠعبدي [meng.ʕab.di]/[me.ngab.di]
  1. menjadi abdi.
  2. berlaku seperti abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga.
  • mengabdikan/مڠعبديکن [meng.ʕab.di.kan]/[me.ngab.di.kan]
  1. menjadikan abdi, penghambakan, memperhamba.
  2. menggunakan sepenuh tenaganya.
  • pengabdian/ڤڠعبدين [peng.ʕab.dian]/[pe.ngab.dian]: perihal mengabdi atau mengabdikan.

Kata majmuk

  • abdi negara/عبدي نݢارا [ʕab.di.ne.ga.ra]/[ab.di.ne.ga.ra]: pegawai kerajaan.

Tesaurus

Sinonim
hamba.

Anagram

Rujukan

Bahasa Indonesia

  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.