abang

Bahasa Melayu

Takrifan

abang (ejaan Jawi ابڠ)

  1. saudara lelaki yang lebih tua, iaitu lelaki yang mempunyai ibubapa yang sama.
  2. panggilan yang diberikan kepada seorang lelaki asing yang lebih tua sebagai tanda hormat.
  3. panggilan yang diberikan kepada suami tidak kira dia lebih muda atau tua terutama dalam rumahtangga Melayu yang tradisional.
  4. nama hadapan untuk lelaki yang mempunyai keturunan keluarga Abang.
  5. abang tiri: saudara lelaki yang mempunyai ibu atau bapa yang sama.
  6. abang angkat: lelaki yang ada adik angkat sama ada perempuan atau lelaki. Sesuatu yang bukan formal dan berbentuk mentor atau pendidik.
  7. panggilan hormat kepada seorang lelaki yang dirasakan usianya tak berapa jauh beza (1-5 thn lebih/kurang) daripada pemanggil.
  • merah

Etimologi

Daripada bahasa Austronesia Purba *abaŋ (*aba + *), *aba (bapa).

Sebutan

  • Kamus Dewan: a·bang
  • AFA(kekunci): /a.baŋ/
  • Rima: -aŋ
  • Penyempangan: a‧bang
  • Audio (MY):(file)
  • Audio (MY-zsm):(file)

Terbitan

  • berabang/برابڠ [be.ra.bang]/[ber.a.bang] : mempunyai abang, memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang.
  • berabangkan/برابڠکن [be.ra.bang.kan]/[ber.a.bang.kan] : mempunyai seseorang sebagai abang.

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim
kakak, kakanda, kanda.
Antonim
adik, adinda, dinda.

Bahasa Jawa

Takrifan

Kata nama

abang

  1. merah

Bahasa Makassar

Kata nama

abang

  1. dahi
    lakbaki abangna i Ali
    Dahinya Ali lebar