Voyager 1
Kapal angkasa lepas Voyager | |
| Pengendali | NASA / JPL |
|---|---|
| Jenis misi | Lintas terbang |
| Lintas terbang | Musytari, Zuhal |
| Tarikh Berlepas | 1977-09-05 12:56:00 UTC (48 tahun, 1 bulan dan 10 hari lalu) |
| Kenderaan Pelancar | Titan IIIE / Centaur |
| Kawasan Pelancaran | Space Launch Complex 41 Cape Canaveral Air Force Station, Florida, Amerika Syarikat |
| Tempoh misi | Sedang dijalankan (misi antara najam) (46 tahun, 9 bulan dan 11 hari berlalu) |
| ID COSPAR | 1977-084A |
| Laman web | Tapak web Voyager NASA |
| Jisim | 721.9 kg (1,592 lb) |
| Kuasa | 420 W (3 RTG) |
Kapal angkasa lepas Voyager 1 ialah kuar angkasa lepas 722 kilogram (1,592 lb) yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1977, untuk mengkaji Sistem Suria bahagian luar dan medium antara najam. Dilancarkan pada 5 September, kapal angkasa ini menerima arahan rutin dan menghantar data kembali melalui Deep Space Network. Dengan jarak sejauh 120 unit astronomi (1.8x1010 km) setakat Februari 2012, ia merupakan object buatan manusia terjauh dari Bumi. Voyager 1 kini berada dalam heliosalut, iaitu lapisan terluar heliosfera. Pada 15 Jun 2012, ahli sains NASA melaporkan yang Voyager 1 mungkin berada sangat dekat untuk memasuki ruang antara bintang dan menjadi objek buatan manusia yang pertama untuk meninggalkan Sistem Suria.
Pada 12 September 2013, NASA mengumumkan bahawa Voyager 1 telah memasuki ruang antara bintang pada 25 Ogos 2012, sekaligus menjadi objek buatan manusia pertama yang melakukan sedemikian. Setakat 2013, peneroka angkasa lepas ini bergerak dengan kelajuan relatif Matahari sebanyak 17kms. Tenaga yang terdapat pada peneroka sudah menurun dan tidak akan dapat mengendalikan satu alat pun menjelang tahun 2025.
Sebagai sebahagian daripada program Voyager, bersama dengan kapal kembarnya Voyager 2, kapal angkasa ini dalam misi lanjutan, ditugaskan untuk mencari dan mengkaji sempadan Sistem Suria, termasuk lingkaran Kuiper, heliosfera dan ruang angkasa lepas antara najam. Misi utamanya tamat pada 20 November 1980, selepas melawati sistem Musytari pada 1979 dan sistem Zuhal pada 1980. Ia merupakan kuar angkasa lepas pertama menangkap imej terperinci dua planet terbesar Sistem Suria dan bulan mereka.