Udang
Udang (Jawi: اودڠ) ialah nama yang diberikan kepada apa-apa jenis haiwan krustasea akuatik lonjong dan berekor tidak seperti ketam yang berbadan pipih. Banyak jenis udang digolongkan ke dalam order Decapoda dengan nama-nama saintifik sendiri, tetapi ada juga jenis-jenis udang yang dimasukkan ke dalam order dan keluarga lain.