UTF-8
UTF-8 (UCS/Format Transformasi Unicode (UTF) 8-bit) ialah pengekodan aksara panjang boleh ubah untuk Unicode, yang mampu mewakili mana-mana aksara dalam piawaian Unicode, tetapi serasi dengan ASCII. Atas sebab-sebab inilah, UTF-8 semakin diutamakan untuk pengekodan e-mel, laman web, dan apa-apa sahaja yang menyimpan atau menstrimkan aksaranya.
UTF-8 mengekodkan setiap aksara (titik kod) dalam 1 hingga 4 oktet (bait 8-bit), yang mana pengekodan satu oktet hanya digunakan untuk 128 aksara US-ASCII.
Pasukan Petugas Kejuruteraan Internt (Internet Engineering Task Force, IETF) mewajibkan semua protokol Internet mengenal pasti pengekodan yang digunakan untuk data aksara, lebih-lebih lagi pengekodan aksara yang disokong mestilah termasuk sekali UTF-8. Konsortium Mel Internet (Internet Mail Consortium, IMC) mencadangkan agar semua program e-mel mampu memaparkan dan menghasilkan mel dengan UTF-8.