Piala Negara-Negara Eropah 1964
| Eurocopa España 1964 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Sepanyol |
| Tarikh | 17 Jun – 21 Jun |
| Pasukan | 4 |
| Tempat | 2 (di 2 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Sepanyol (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Republik Soviet |
| Tempat Ketiga | Hungary |
| Tempat Keempat | Denmark |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 4 |
| Jaringan gol | 13 (3.25 per perlawanan) |
| Kehadiran | 156,253 (39,063 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Jesús María Pereda Ferenc Bene Dezső Novák (masing-masing 2 gol) |
← 1960 1968 → | |
Piala Negara-Negara Eropah 1964 merupakan edisi yang kedua Kejohanan Bola Sepak Eropah. Kejohanan akhir telah diadakan di Sepanyol. Ia telah dimenangi oleh tuan rumah 2-1 mengalahkan juara bertahan Republik Soviet.
Kejohanan ini adalah satu pertandingan kalah mati; 29 pasukan dimasukkan (Greece menarik diri selepas diundi dengan Albania). Republik Soviet, Austria dan Luxembourg mendapat bye ke pusingan kedua. Pasukan memainkan tempat sendiri-dan-tempat lawan sehinggalah perlawanan separuh akhir; empat pasukan terakhir akan beralih ke kejohanan akhir, tuan rumah yang telah dipilih selepas pasukan dikenali.