Wangsa Saljuk

Dinasti Seljuq
NegaraEmpayar Seljuq
Kesultanan Rum
Gelaran
DiasaskanKurun ke-10 – Seljuq
PembubaranDamsyik:
1104 – Baqtash diturunkan dari takhta oleh Toghtekin

Seljuq Agong:
1194 – Toghrul III terbunuh dalam pertempuran dengan Tekish

Rum:
1307 – Mesud II meninggal dunia
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
Empayar Parsi Sebelum Islam
Empayar Parsi Selepas Islam
Zaman Moden

Seljuk (juga dieja Seljuq) atau Turki Seljuk (dalam Bahasa Turki:Selçuklular; dalam Parsi: سلجوقيان aljūqīyān; dalam Bahasa Arab سلجوق, Saljūq, atau السلاجقة al-Salājiqa) adalah sebuah dinasti Islam yang pernah memerintah Asia Tengah dan Timur Tengah dari kurun ke-11 hingga kurun ke-14. Mereka mendirikan empayar Islam yang dikenali sebagai Empayar Seljuk Agung. Empayar ini terbentang dari Anatolia hingga ke wilayah Punjab di Asia Selatan. Ia juga adalah sasaran utama tentera Salib di dalam Perang Salib Pertama. Dinasti ini diasaskan oleh suku Oghuz Turki yang berasal dari Asia Tengah. Dinasti Seljuk juga menandakan penguasaan bangsa Turki di Timur Tengah. Pada hari ini, mereka dianggap sebagai pengasas kebudayaan Turki Barat yang ketara di Azerbaijan, Turki dan Turkmenistan dan Seljuk juga dianggap sebagai penaung kebudayaan Parsi..