7 Keajaiban Dunia Baharu
7 keajaiban Dunia Baharu merupakan kempen bermula pada 2000 untuk memilih tujuh keajaiban daripada 200 monumen bersejarah dari seluruh dunia. Diperkenalkan oleh New7Wonder Foundation dan berpusat di Zurich, Switzerland. 7 keajaiban ini telah dipilih berdasarkan undian lebih 100 juta pengundi dari serata dunia. Para pemenang telah diumum dengan gilang-gemilangnya pada 7 Julai 2007 bersiaran di kaca televisyen dari Lisbon.