Trimurti

Trimurti

Tiga dewa Hindu Trimurti, Brahmā, Wisnu, dan Siwa (kiri ke kanan) di Gua Ellora
Dewa Tritunggal Hindu
Devanagari:त्रिमूर्ति
Penggabungan:Brahma (pencipta), Vishnu (pemelihara), dan Shiva (pemusnah); Deva
Kediaman:Satyaloka kediaman Brahma

Vaikuntha kediaman Vishnu

Kailash kediaman Shiva
Mantera:Om Tridevaya Namah
Senjata:Brahmastra dan Kamandalu (Brahma); Cakera Sudarsana dan Gedak Kaumodaki (Wisnu); Trisula (Siwa)
Pasangan:Tridewi
Wahana/Gunung:Angsa (wahana Brahma), Geroda (wahana Wisnu) dan Nandi (wahana Siwa)

Trimurti (bahasa Sanskrit: त्रिमूर्ति trimūrti, "tiga jelmaan") merupakan sebuah konsep penyatuan ketuhanan dipegang agama Hindu di mana aturan alam semesta berkenaan hal penciptaan, pemeliharaan, dan kemusnahan dilambangkan tiga dewa utama: Brahmā sang pencipta atau pereka, Wisnu sang pemelihara atau penjaga, dan Siwa sang pemusnah atau pembubar," namun beberapa sekta ada perbezaan dengan dewa yang digunakan. Apabila ketiga-tiga dewa Trimurti dijelmakan dalam satu awatara, dikenali dengan nama Dattatreya.