Tokyo Metro

Tokyo Metro
Umum
LokasiTokyo Raya
Jenis transit
Transit aliran
Jumlah laluan/aliran
9
Jumlah stesen
179
Bil. penumpang harian
6.84 juta (TF2014)
Laman sesawang
www.tokyometro.jp
Operasi
Mula beroperasi
1927 (1941 sebagai Lembaga Transit Aliran Teito; 2004 dibawah nama semasa)
PengendaliTokyo Metro Co., Ltd. (syarikat swasta yang ditubuhkan secara perkongsian bersama antara kerajaan Metropolitan Tokyo dan Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT))
Teknikal
Panjang sistem
203.4 km (126.4 bt)
Tolok landasan
1,067 mm (1,435 mm untuk laluan Ginza & Marunouchi)
sunting

Tokyo Metro (東京メトロ, Tōkyō Metoro) merupakan salah satu daripada dua sistem transit aliran (sistem kereta api bawah tanah) yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia adalah sistem laluan bawah tanah yang paling banyak digunakan di dunia. Pada tahun 2014, Tokyo Metro mempunyai kadar purata penumpang harian seramai 6.84 juta orang manakala sistem yang lagi satu iaitu Kereta Api Toei (都営地下鉄, Toei chikatetsu) pula mempunyai 2.85 juta penumpang sehari.