Tanah Kubur (drama)

Tanah Kubur
GenreKeislaman
FormatDrama
Ditulis olehRashid Sibir
Basri Musa
Nora Sham
Hajis Sipir
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Drama:
Lagu pembukaan"I’tirof" oleh Raihan dan Yasin Sulaiman (Musim 1-4)
Lagu penutup"I’tirof" oleh Raihan dan Yasin Sulaiman (Musim 1)
"Takbir Cinta" oleh Yasin Sulaiman dan Amy Search (Musim 2-12)
"Innalillah" oleh Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Musim 13)
"Ya Allah" oleh Hafiz Hamidun (Musim 16)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim16
Bilangan episod212 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifOpera Klasik Sdn Bhd
PenerbitNurul Huda Azizi Lee
Penyunting
  • Zaidi Malek (musim 1-3)
  • Hanif Aziz (musim 1)
  • Shariff Hussain (musim 2-3)
  • Ismail Fahmi Zami (musim 4-14)
  • Yun Amerul (musim 6-14)
  • Haniffa Jhonasrol
    Izwan Ansor
    Syazwan Roslan (musim 15)
LokasiLembah Kelang dan Melaka
Sinematografi
  • Ahmad Tarmizi Abdullah (musim 1-8)
  • Zuhiri Md Ali (musim 1-6)
  • Syamsurizal Lukman (musim 7-15)
Tempoh siaran90 minit (telefilem)
25 minit (drama)
Syarikat penerbitan
Opera Klasik Sdn Bhd,
Penyiaran
Saluran asal
  • Astro Oasis
  • Astro Ria
  • Astro Mustika HD (Dihentikan disebabkan Astro Mustika HD tamatkan perkhidmatan)
  • Astro Maya HD (Dihentikan disebabkan Astro Maya HD tamatkan perkhidmatan)
  • Astro Bella (Dihentikan disebabkan Astro Bella tamatkan perkhidmatan)
Siaran asal13 Mei 2011 (2011-05-13) – 17 November 2023 (2023-11-17)
Rancangan berkaitan
  • Tanah Kubur (telefilem 2011 - 2012)
  • Tanah Kubur: Syawal
  • Tanah Kubur: Ummah Jahiliah
  • Sayap Jibril
  • Tok Adi
  • Misteri Jenazah
  • Tanah Kubur (telefilem 2020)
  • Tanah Kubur: Peneman
  • Tanah Kubur: Hati Hitam
  • Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman

Tanah Kubur merupakan sebuah siri drama dan telefilem Malaysia arahan Rashid Sibir yang disiarkan di Astro Prima manakala siri televisyennya disiarkan di Astro Oasis Ia mengisahkan seorang hartawan yang kaya-raya hidup dengan penuh kemewahan. Apabila beliau meninggal dunia, segala kemewahan yang beliau kecapi semasa hayatnya tidak dapat menolongnya melainkan pengharapan kepada orang lain. Lebih menyedihkan apabila jenazah beliau tidak dapat dikebumikan di daerah tempat tinggal beliau oleh kerana tiada tanah kubur untuk beliau.

Versi siri televisyen ini dibintangi oleh Nasir Bilal Khan yang menjadi teraju utama keseluruhan musim. Dengan jumlah sebanyak 16 musim dan 212 episod, Tanah Kubur menjadi siri drama keagamaan yang paling lama bersiaran di televisyen Malaysia. Sebuah siri drama meranting daripada cerita pokok drama ini iaitu Tok Adi bersiaran di Astro Prima dan Astro Oasis.