Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Logo dengan singkatan bahasa Inggeris MCMC yang digunapakai sejak tahun 2020. | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 November 1998 |
Agensi terdahulu |
|
| Ibu pejabat | MCMC HQ Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor. |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
Laman sesawang | www.mcmc.gov.my |
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan MCMC ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. MCMC juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan dalam talian yang semakin berkait rapat.