Sultan Yussuff Izzuddin Shah
| Yussuff Izzuddin Shah | |
|---|---|
| Sultan Perak ke-XXXII | |
Sultan Perak Darul Ridzuan
| |
| Pemerintahan | 29 Mac 1948 - 4 Januari 1963 |
| Pendahulu | Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah ibni Raja Muda Musa |
| Pengganti | Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni Sultan Iskandar Shah |
| Raja Muda | Raja Idris Shah |
| Pasangan | Raja Taayah binti Raja Abdul Hamid, Norizan, Toh Puan Besar Hatijah binti Toh Indera Wangsa Ahmad |
| Anakanda | |
| Raja Ekram (Raja Di-Hilir Perak), Raja Zairan, Raja Pok Saidatuliz, Raja Dato' Seri Baharom Shah, Raja Azlan Shah (Raja Kecil Bongsu Perak; kemudian Sultan dari 1984- 2014) | |
| Nama penuh | |
| Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu | |
| Tempat persemayaman | Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak |
| Ayahanda | Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah |
| Bonda | Cik Yong Sofia binti Muhammad Yunus |
| Keputeraan | 15 Januari 1890 Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya |
| Kemangkatan | 4 Januari 1963 (umur 72) Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya |
| Dimakamkan | 5 Januari 1963 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya |
| Agama | Islam |
Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah merupakan Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-32.
Baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Perak pada 29 Mac 1948, dan baginda bergelar Sultan Yussuff Izzuddin Shah 'An-hu, dan bersemayam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Istiadat pertabalan baginda telah disempurnakan pada 16 April 1949, dan kelambatannya disebabkan baginda seperti Raja Pemerintah Negeri yang lain sedang sibuk dengan kerja-kerja penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.