Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIII
Hos BandarPyeongchang, Korea Selatan
Cogan kataSemangat. Berhubung
bahasa Inggeris: Passion. Connected
Korea: 하나된 열정, rumi: Hanadoen Yeoljeong
Negara92
Atlet2,952
Acara102 dalam 7 sukan
Pembukaan7 Februari 2018
Penutupan23 Februari 2018
Dibuka oleh
Kawah Obor
Yuna Kim
StadiumStadium Olimpik Pyeongchang
Musim Sejuk
Musim Panas
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 (Korea: 제23회 동계 올림픽, rumi: Je-isipsamhoe Donggye Ollimpik, bahasa Inggeris: XXIII Olympic Winter Games, Sukan Musim Sejuk Olimpik ke-23) ialah temasya sukan musim sejuk yang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan, antara 9 dan 25 Februari 2018. Dua calon lain yang memohon menjadi tuan rumah ialah Annecy, Perancis, dan Munich, Jerman. Pembida yang menang diumumkan pada 6 Julai 2011 oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), selepas Sesi IOC ke-123 di Durban.

Pyeongchang menang selepas membida tiga kali berturut-turut, selepas tewas tipis kepada Vancouver 2010 dan Sochi 2014. Ia merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk pertama di Korea Selatan dan Sukan Olimpik kedua selepas Sukan Olimpik 1988 di Seoul.