Presiden Korea Selatan

Presiden
Republik Korea
대한민국 대통령
大韓民國大統領
Jata Presiden
Bendera Presiden
Penyandang
Lee Ju-ho
sejak 2 Mei 2025
Cabang eksekutif Kerajaan Korea Selatan
Pejabat Presiden
Gelaran
Tuan Presiden (tidak formal)

Tuan Yang Terutama (diplomatik)

Status
Anggota bagiConstitutional institution (South Korea) (en) dan Majlis Negara Korea Selatan
Bidang kuasaKorea Selatan
KediamanKediaman Presiden Korea Selatan
PusatSeoul
Dilantik olehUndian popular secara langsung
Tempoh jawatanLima tahun,
Tidak boleh diperbaharui
Surat cara pembentukanPerlembagaan Korea Selatan (1948)
PeloporPresiden Kerajaan Sementara Republik Korea
Dibentuk24 Julai 1948 (1948-07-24)
Pemegang pertamaSyngman Rhee
Nama tidak rasmiPresiden Korea Selatan
Timbalan/naibPerdana Menteri Korea Selatan
Gaji₩240,648,000/USD$165,084 setahun (2024)
SenaraiPresiden Korea Selatan
Tapak webTapak sesawang rasmi (dalam bahasa Bahasa Melayu)
Tapak sesawang rasmi (dalam bahasa Korea)
sunting · sunting di Wikidata


Presiden Republik Korea (Korea대한민국 대통령; Hanja大韓民國大統領; RR: Daehanminguk daetongnyeong), juga dikenali sebagai Presiden Korea Selatan (Korea한국 대통령), ialah ketua negara dan ketua kerajaan Korea Selatan. Presiden mengetuai cabang eksekutif kerajaan dan merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Republik Korea.

Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan Presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Rumah Biru (sehingga 2022) dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali atas sebab pemberontakan atau penderhakaan.

Presiden Korea Selatan sering berdepan hukuman penjara selepas berakhir tempoh mereka berkuasa, biasanya sebaik pesaing politik mereka berpindah ke kediaman presiden.

Pemangku presiden, Han Duck-soo, mengambil alih jawatan daripada Presiden Yoon Suk Yeol yang digantung tugas dan dipecat daripada jawatan tersebut; yang mana Han akan terus memangku jawatan tersebut sehingga pilihan raya presiden pada Jun 2025 ini.