Siti Nurhaliza (album 1997)

Siti Nurhaliza
Album studio oleh
Dilancarkan pada27 Januari 1997
Dirakamkan padaOgos 1996 - Januari 1997
GenrePop, dance, R&B, pop rock, tradisional
Panjang53:58
BahasaBahasa Melayu dan bahasa Inggeris
SyarikatSuria Records
Blackboard Indonesia
PenerbitAdnan Abu Hassan, LY, Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Xiao Wong, Helen Yap, David Foster
Kronologi Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
(1996)
Siti Nurhaliza
(1997)
Cindai
(1997)
Single daripada Siti Nurhaliza
  1. "Aku Cinta Padamu"
    Dikeluarkan: 3 Januari 1997
  2. "Wajah Kekasih"
    Dikeluarkan: 4 April 1997
  3. "Bisikan Asmara"
    Dikeluarkan: 22 Ogos 1997
sunting · sunting di Wikidata
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs

Siti Nurhaliza ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit.

Tiga single utama album ini, "Aku Cinta Padamu", "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara" menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, Aku Cinta Padamu tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-12.

Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.