Siti Nurhaliza (album 1996)
| Siti Nurhaliza | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1 April 1996 | |||
| Dirakamkan pada | Jun 1995 - Februari 1996 | |||
| Genre | Pop, balada, slow rock | |||
| Panjang | 47:01 | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Syarikat | Suria Records | |||
| Penerbit | Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, Peter Fam | |||
| Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
| Single daripada Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
| Penarafan profesional | |
|---|---|
| Markah ulasan | |
| Sumber | Taraf |
| Discogs | |
Siti Nurhaliza ialah album studio oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995, terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996 dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.
Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff.
Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini.