Sidang Kemuncak Korea Utara–Amerika Syarikat 2018
| Sidang Kemuncak Korea Utara–Amerika Syarikat 2018 | |
|---|---|
| Sidang puncak Singapura DPRK–USA | |
Kim Jong-un dan Donald Trump berjabat tangan semasa awal sidang kemuncak | |
| Tuan rumah | Singapura |
| Tarikh | 12 Jun 2018 09:00 SGT (01:00 UTC) |
| Tempat | Capella Hotel |
| Peserta | |
Sidang Kemuncak Korea Utara–Amerika Syarikat 2018 (juga dikenali sebagai Sidang Puncak Singapura)ialah sidang kemuncak pertama di antara Presiden Amerika Syarikat dan pemimpin Korea Utara. Ia berlangsung pada 12 Jun 2018 di Hotel Capella, Pulau Sentosa, Singapura.
Pihak Rumah Putih mengesahkan pertemuan yang dirancang di antara presiden Donald Trump dan pengerusi Kim Jong-un pada 8 Mac 2018. Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders berkata "sementara itu, semua sekatan dan tekanan maksimum terus dikekalkan." Kim merujuk persiapan untuk pertemuan itu di dalam ucapan kepada Biro Politik Parti Pekerja Korea pada 9 April.