Shakti

Shakti (Dewanagari: शक्ति, IAST: Śakti; bermaksud ‘tenaga, keupayaan, kekuatan, usaha, kuasa, kemampuan’) dalam agama Hindu ialah Kuasa Sejagat yang menggerakkan dan menyokong seluruh kewujudan. Shakti dianggap sebagai bersifat kewanitaan, dan merujuk kepada tenaga atau kuasa yang biasanya digambarkan dalam bentuk peribadi sebagai pasangan perempuan kepada dewa lelaki.

Dalam konteks anutan Hinduisme, shakti (yang berasal daripada Sanskrit shak, "mampu") atau sakti adalah sebuah konsep perwujudan dari aspek dibawa Dewi melambangkan keaktifan, asas dinamik dari kekuatan kewanitaan merentasi alam semesta yang dipercayai mewujudkan tenaga mampu menciptakan, melindungi mahupun memusnahkan.

Dalam kitab-kitab suci Hindu, khususnya Purana dan Tantra, tenaga ini sering digambarkan sebagai berupa dewi dipasangkan dengan suatu dewa sendiri: Saraswati untuk Brahma, Lakshmi untuk Vishnu, Parvati untuk Shiva dan Shachi untuk Indra. "Pasangan-pasangan" ini paling utama dianuti dalam suatu aliran utama disebut sebagai Saktam.