Saint-Dié-des-Vosges

Saint-Dié-des-Vosges

Bendera

Lambang
'Cogan kata: '''''
[[]]
Bandar terbesar
Datuk bandar Christian Pierret
Keluasan: 46.15 km2
Penduduk:
  Kepadatan:
22,569
489/km2
Bahasa rasmi Bahasa Perancis
Bahasa lain
Lagu kebangsaan '
Agama rasmi
Agama lain
Mata wang
Zon waktu UTC+1
Domain
Kod panggilan

Saint-Dié-des-Vosges (biasa dipanggil dengan mudah sebagai Saint-Dié) ialah sebuah bandar di daerah pentadbiran Vosges, Perancis timur laut. Terletak 38 batu di timur laut Epinal melalui kereta api, Saint-Dié bertempat di Sungai Meurthe dalam sebuah lembangan yang dikelilingi oleh bukit-bukau berhutan tebal.

Sebahagian besar Saint-Dié dibina daripada batu pasir merah dan disusun atur dalam gaya tetap selepas kebakaran bandar ini pada tahun 1757. Katedral bandar ini mempunyai ruang ibu seni bina Romanesque abad ke-12 dan koir Goth; pintu gerbang yang dibina daripada batu merah telah wujud sejak abad ke-18. Serambi gereja (abad ke-13) ini mengandungi sebuah mimbar batu yang bersambung dengan Petite-Eglise atau Notre-Dame. Petite-Eglise merupakan contoh seni bina Romanesque abad ke-12 yang telah dikekalkan dengan baik.

Dewan bandar raya Saint-Dié mengandungi teater, perpustakaan dengan beberapa manuskrip yang bernilai, dan muzium, serta sebuah tugu peringatan oleh Merci untuk Jules Ferry yang dilahirkan di bandar ini pada tahun 1832.