Resipi
Resipi (disebut [ré.si.pi], Jawi: ريسيڤي) adalah satu set arahan yang menjelaskan langkah menyediakan atau membuat sesuatu, terutama dalam bidang pemasakan sesuatu hidangan. Ia juga digunakan dalam bidang perubatan atau dalam teknologi maklumat (penerimaan pengguna).
Kata resipi menyerap daripada bahasa Inggeris: recipe yang meminjam daripada bahasa Latin iaitu bentuk kata perintah recipere "memegang".