Republik Demokratik Arab Sahrawi

Republik Demokratik Arab Sahrawi
ريڤوبليک ديموکراتيک عرب صحراوي
  • الجمهورية العربية الصحراوية الديمقراطية (Arab)
  • República Árabe Saharaui Democrática (Sepanyol)
Bendera Jata
Cogan kataالحرية والديمقراطية والوحدة (Arab)
"Libertad, Democracia, Unidad" (Sepanyol)
Lagu kebangsaanYa Bani al-Sahara'
¡Oh hijos del Sáhara! (Sepanyol)
Wahai Bani Sahara!
  • Hijau gelap menunjukkan zon aktual RDAS.
  • Hijau muda menunjukkan zon yang dikuasai Maghribi.
StatusDipertikaikan dengan Kerajaan Maghribi
Ibu negara
El Aaiún / العيون (diisytiharkan)
Bahasa rasmiArab
Bahasa kebangsaan Sepanyol (de facto)
Bahasa
lisan
  • Arab Hassaniyah
  • Perancis (Khusus Wilayah-wilayah Selatan)
  • Sepanyol Sahara (Khusus Zon Merdeka)
Agama
Islam
DemonimSahrawi/Saharawi
KerajaanRepublik kesatuan parti tunggal bersistem separa-presiden
• Presiden
Brahim Ghali / إبراهيم غالي
• Perdana Menteri
Buchraya Hamudi Beyun / بوشراية حمودي بيون
Badan perundanganMajlis Kebangsaan Sahrawi
Kedaulatan dipertikaikan dengan Maghribi
• Sahara Barat dilepas oleh Sepanyol
14 November 1975
• Republik diisytiharkan
27 Februari 1976
Keluasan
• Total
266,000 km2 (103,000 bt2) (77)
• Perairan (%)
1.1%
Populasi
• Perkiraan 2008
100,000 jumlah penduduk pelarian RDAS ditambah 513,000 jumlah penduduk di wilayah sebenar RDAS (182)
1.9/km2 (4.9/sq mi) (236)
HDI 0.700
tinggi · 108
Mata wang
  • di Zon Merdeka -
    Peseta Sahrawi
  • di Maghribi -
    Dirham Maghribi
  • di Khemah Pelarian -
    Dinar Algeria
  • di La Güera -
    Ouguiya

(
  • EHP
  • MAD
  • DZD
  • MRU
)
Zon waktuUTC+1 (Waktu Afrika Barat)
Arah memandukanan
Kod panggilan
  • di Maghribi -
    +212
  • di Khemah Pelarian -
    +213
  • +214
  • +292
Kod ISO 3166EH
DPT internet.eh
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "malaymotto"

Republik Demokratik Arab Sahrawi atau Saharawi (ريڤوبليک ديموکراتيک عرب الصحراوي) ialah sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya bertutur dalam bahasa Arab dengan status pengiktirafan yang terhad. Ia mula-mula terbentuk sebagai Wilayah-wilayah Sepanyol di Afrika Barat yang dinamai sebagai Sahara Sepanyol (bersepadan kepada wilayah yang saat ini disebut sebagai Sahara Barat). RDAS bersempadan dengan Lautan Atlantik di sebelah barat dan berhadapan dengan Kerajaan Maghribi di utara, Algeria di sebelah timur serta Mauritania di belahan selatan dan tenggara. Negara ini dikuasai secara tidak sah di tahun 1976 oleh Kerajaan Maghribi dan Mauritania. Sejak 1979, wilayah ini dikawal seluruhnya oleh Maghribi, sedangkan Mauritania menarik diri dari zon penguasaan.

Polisario mengisytiharkan pembentukan Republik Arab Sahrawi pada 27 Februari 1976. Sesudah pengisytiharan itu, Barisan Polisario membentuk kabinet yang diketuai oleh Muhammad Al Amin Ahmad pada 6 Mac 1976. Pembentukan kabinet ini ditujukan untuk menyelesaikan segala perkara organisasi, pentadbiran, mahupun cabaran-cabaran di lapangan. Barisan Polisario yang menjadi parti tunggal dalam pemerintah RDAS mengawal paling tidak sebanyak 20 sehingga 25% dari tanah Sahara Barat yang kemudian dinamakan sebagai "Zon Merdeka" atau Zon yang telah dibebaskan. Kawasan Sahara Barat yang dikuasai oleh Kerajaan Maghribi lalu disebut sebagai Wilayah-wilayah Selatan. Pemerintah RDAS menganggap bahawa zon yang dikuasai oleh Kerajaan Maghribi dianggap sebagai zon yang diduduki sedangkan Kerajaan Maghribi menganggap bahawa zon yang dikuasai oleh pemerintah RDAS disebut sebagai zon penampan. Bandar El Aaiún secara rasmi diiktiraf sebagai ibu negara RDAS. Namun, pemerintah RDAS memindahkan ibu negaranya dari Bandar Bir Lehlou ke Tifariti sejak tahun 2008.

Sebanyak 31 negara, hingga saat ini, telah menyatakan pengiktirafannya terhadap pemerintah RDAS dan 22 negara di antaranya belum pernah menarik balik ataupun menghentikan hubungan diplomatiknya terhadap pemerintah RDAS. Dari 22 negara tersebut, sembilan negara di antaranya menugaskan pejabat jabatan perwakilan diplomatiknya di Bandar Raya Algiers. RDAS dengan Barisan Polisario sebagai parti tunggal dalam pemerintahannya belum diiktiraf sebagai anggota rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak masuk ke dalam Liga Arab. Meskipun begitu, RDAS secara rasmi masuk ke dalam negara anggota Kesatuan Afrika (AU).