Raja Azura

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin
Raja Hajah Azura binti Tengku Haji Ahmad Tajudin
Kelahiran
Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin

(1972-08-18) 18 Ogos 1972
Klang, Mukim Kuala Kelang, Daerah Kelang, Selangor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainKak Engku, K.E
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, penyanyi, penghibur, penyampai radio
Tahun aktif1990–kini
Ketinggian-
Pangkat-
PasanganAdzmin bin Osman (k. 2001; c. 2010)
Anak-anak Megat Muhammad Raziq bin Adzmin, Megat Luqman Hakim bin Adzmin, Puteri Mia Maizura binti Adzmin
IbuRaja Hajjah Saleha binti Raja Haji Yusof
BapaTengku Haji Ahmad Tajudin bin Tengku Haji Abdull Murrad Shah
Laman web rasmi-
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "notable role"

Raja Hajjah Azura binti Tengku Haji Ahmad Tajudin (lahir 18 Ogos 1972) yang lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku (K.E) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penghibur dan penyampai radio yang terkenal di Malaysia.

Selain itu, beliau juga tersenarai sebagai salah seorang penerima Anugerah Jenama Asia anjuran majalah antarabangsa Reader's Digest menerusi kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai 2 kali berturut-turut pada tahun 2016 dan 2020.

Disamping itu, Kak Engku pernah menjulang trofi Pengacara TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 2 kali manakala bagi trofi Pelakon TV Wanita Popular ABPBH pula sebanyak sekali.