Quebec

Artikel ini adalah mengenai wilayah Kanada. Untuk entiti sejarah yang serupa, sila lihat wilayah Quebec (1763-1791). Bagi bandar raya yang bernama sama serta juga ibu provinsi ini, sila lihat Bandar Raya Quebec.
Quebec
Québec (Perancis)
Cogan kata: Je me souviens (Perancis)
"Aku ingat"
Koordinat: 52°N 72°W / 52°N 72°W / 52; -72
NegaraKanada
Sebelum konfederasiKanada Timur
Konfederasi1 Julai 1867 (Pertama, dengan New Brunswick, Nova Scotia, Ontario)
Ibu kotaBandar Raya Quebec
Bandar terbesarMontreal
Metro terbesarMontreal Raya
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan berparliamen
 • Leftenan GabenorManon Jeannotte
 • PremierFrançois Legault
PerundanganPerhimpunan Kebangsaan Quebec
Wakil persekutuanParlimen Kanada
Kerusi di Dewan78 daripada 343 (22.7%)
Kerusi di Senat24 daripada 105 (22.9%)
Keluasan
 • Jumlah1,542,057 km2 (595,392 batu persegi)
 • Tanah1,365,129 km2 (527,079 batu persegi)
 • Air176,928 km2 (68,312 batu persegi)  11.5%
 • Pemeringkatanke-2
 15.4% Kanada
Penduduk
 (2021)
 • Jumlah8,501,840
 • Anggaran 
(Q2 2025)
9,110,616
 • Pemeringkatanke-2
 • Kepadatan6.23/km2 (16.1/batu persegi)
Demonim
Bahasa rasmiPerancis
KDNK
 • Kedudukanke-2
 • Jumlah (2022)C$552.737 bilion
 • Per kapitaC$63,651 (ke-9)
IPM
 • HDI (2019)0.916—Sangat tinggi (ke-9)
Zon waktuUTC−05:00 (Zon Waktu Timur di kebanyakan kawasan provinsi)
 • Musim panas (DST)UTC−04:00
Singkatan pos
QC
Kedudukan meliputi semua provinsi dan wilayah

Quebec (bahasa Perancis: Québec disebut /kebɛk/) merupakan sebuah wilayah Kanada di Kanada Timur. Dengan bahasa, budaya dan institusi-lembaganya, itu merupakan suatu bangsa di dalam Kanada.

Lebih dikenali sebagai la belle province ("wilayah yang indah"), Quebec bersempadan dengan wilayah Ontario di barat, Teluk James dan Teluk Hudson. Ke utara disempadani oleh Selat Hudson dan Teluk Ungava, di timur disempadani oleh Teluk Saint Lawrence, wilayah New Brunswick dan Newfoundland dan Labrador, dan ke selatan oleh Amerika Syarikat (negeri New York, Vermont, New Hampshire dan Maine). Ia juga berkongsi sempadan lautan dengan Jajahan Nunavut dan wilayah-wilayah Pulau Putera Edward dan Nova Scotia.

Quebec merupakan wilayah terbesar Kanada jika mengikut keluasan dan kedua terbesar pembahagian pentadbiran; jika wilayah Nunavut adalah lebih besar, kedua dari segi jumlag penduduk terbesar. Kebanyakan penduduk tinggal di sepanjang atau berdekatan dengan muara Sungai Saint Lawrence. Pada pecahan utara dan tengah dipenghunikan secara sekata dan diduduki oleh orang-orang asli Kanada.

Bahasa rasmi Quebec aalah Bahasa Perancis; ia merupakan wilayah Kanada tunggal yang mana rakyatnya adalah Perancis Kanada, dan Bahasa Inggeris bukan merupakan bahasa rasmi di peringkat wilayah.