Proton Suprima S

Proton Suprima S
Maklumat
PengilangProton
Juga dikenaliProton P3-22A
PengeluaranPertengahan 2013 - 2019
Tahun modelOgos 2013 - Ogos 2019
PemasanganTanjung Malim, Perak, Malaysia
KelasKereta padat / segmen-C
Gaya badanhatchback lima pintu
Reka letakenjin depan, pacuan roda depan
PelantarProton P2
Enjin1.6L CamPro Turbo DOHC I4
Penghantaran7-speed CVT manumatik
Jarak roda2,650 mm (104.3 in)
Panjang4,436 mm (174.6 in)
Lebar1,786 mm (70.3 in)
Tinggi1,524 mm (60.0 in)
Berat Kerb1,375–1,395 kg (3,031–3,075 lb)
BerkaitProton Prevé
Pereka bentukItaldesign Giugiaro S.p.A

Proton Suprima S, nama kod P3-22A ialah sebuah kereta kompak model "hatchback" berpintu lima yang dijurutera oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Kenderaan ini dilancarkan pada 17 Ogos 2013 dan berasaskan platform Proton generasi seterusnya, iaitu platform P2. Suprima S melengkapi Proton Prevé saloon dan telah direka dengan penekanan yang lebih besar di pasaran antarabangsa.

Nama Suprima mempunyai akar dalam perkataan Inggeris, Supreme, manakala akhiran S bermaksud Sukan.