Presiden Singapura


Republik Singapura
Panji Presiden
Penyandang
Tharman Shanmugaratnam
sejak 14 September 2023
Bidang kuasaSingapura
KediamanIstana Negara Singapura
Dilantik olehPresidential elections in Singapore (en)
Penjawat sulungTun Dato Laila Utama Haji Yusof Ishak
Dibentuk9 Ogos 1965
Tapak webhttp://www.istana.gov.sg/
sunting ยท sunting di Wikidata

Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.

Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.

Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.

Presiden yang terkini adalah Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya presiden 2023.