Arecaceae

Arecaceae
Pokok kelapa
(Cocos nucifera).
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Kommelinid
Order:
Keluarga:
Arecaceae

Bercht. & J.Presl, nom. cons.
Subkeluarga
  • Arecoideae
  • Calamoideae
  • Ceroxyloideae
  • Coryphoideae
  • Nypoideae
Sinonim
  • Palmae

Arecaceae ialah satu keluarga pokok berbunga daripada order Arecales yang sering disebut palma. Keluarga ini mempunyai lebih kurang 181 genus yang dikenali termasuk lebih kurang 2,600 spesies. Pokok-pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun, tetapi kebanyakan spesies ini hanya didapati dalam kawasan-kawasan beriklim tropika dan subtropika.

Pokok-pokok dalam keluarga ini mudah dikenal pasti kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri bentuk fizikal.