Tumbuhan

Tumbuhan
Julat zaman:
Kambria Awal sehingga sekarang
Pengelasan saintifik
Domain:
Eukaryota
(tanpa pangkat):
Archaeplastida
Alam:
Plantae

Haeckel, 1866
Divisi

Alga hijau

  • Chlorophyta
  • Charophyta

Tumbuhan darat (embriofit)

  • Tumbuhan darat tidak bervaskular (briofit)
  • Tumbuhan vaskular (trakeofit)
    • Rhyniophyta—rhyniophytes
    • Zosterophyllophyta—zosterophylls
    • Lycopodiophyta—clubmosses
    • †Trimerophytophyta—trimerophytes
    • Pteridophyta—paku-pakis dan horsetails
    • Progymnospermophyta
    • Tumbuhan berbiji benih (spermatofit)
      • Pteridospermatophyta—biji benih paku-pakis
      • Pinophyta—konifer
      • Cycadophyta—siakas/sikad
      • Ginkgophyta—ginkgo
      • Gnetophyta—gnetae
      • Magnoliophyta—tumbuhan berbunga

Nematophytes

Tumbuhan merupakan salah satu alam hidupan eukariot yang terdapat di alam semesta dengan nama Plantae.

Tumbuh-tumbuhan mendapatkan tenaganya dari cahaya matahari dengan menjalankan proses fotosintesis melalui kloroplas lalu menghasilkan kanji. Udara, air, dan juga nutrien merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan. Hidupan ini merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan klorofil (zat hijau) untuk menjalankan proses fotosintesis. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.

Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-

  1. tumbuhan berbunga sama ada:
    1. pokok berbuah
    2. pokok tidak berbuah
  2. tumbuhan tidak berbunga.

Dari perspektif biologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan. Dalam penggunaan harian, ia mungkin tidak begitu tepat sebagaimana diterangkan di bawah.