Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008

Pilihan raya kecil
Permatang Pauh 2008

26 Ogos 2008 (2008-08-26)

Kerusi Permatang Pauh di Dewan Rakyat
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak
Terdaftar058,459
Pengundi hadir047,268
 
Calon Anwar Ibrahim Arif Shah Omar Shah Hanafi Mamat
Parti PKR UMNO AKIM
Gabungan Pakatan Rakyat Barisan Nasional
Undian popular 031,195 15,524 92

 
Parti AKIM

Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum pilihan raya

Wan Azizah Wan Ismail
PKR

Ahli Parlimen Permatang Pauh

Anwar Ibrahim
PKR

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 setelah Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Pilihan raya kecil ini digelar sebagai "Ibu Segala Pilihan Raya Kecil" oleh media disebabkan oleh kemungkinan implikasi pilihan raya kecil tersebut dan juga profil Anwar Ibrahim yang tinggi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008 dan undian pada 26 Ogos 2008.

Pada 28 Ogos 2008, Anwar Ibrahim telah memenangi pilihan raya ini dengan menewaskan Arif Shah Omar Shah(BN) dan Hanafi Mamat(AKIM) telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Yang di-Pertua Dewan turut mengisytiharkan Anwar sebagai ketua pembangkang.