Piala Konfederasi FIFA 2013

Piala Konfederasi FIFA 2013
Copa das Confederações da FIFA
Brasil 2013
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Brazil
Tarikh15 Jun – 30 Jun
Pasukan8 (dari 6 konfederasi)
Tempat6 (di 6 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Brazil (Kejuaraan Ke-4)
Naib Juara Sepanyol
Tempat Ketiga Itali
Tempat Keempat Uruguay
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan16
Jaringan gol68 (4.25 per perlawanan)
Kehadiran804,659 (50,291 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Fernando Torres
Fred
(5 gol)
Pemain terbaik Neymar
Penjaga gol terbaik Júlio César
2009
2017

Piala Konfederasi FIFA 2013 ialah Piala Konfederasi FIFA ke-9, diadakan di Brazil pada Jun 2013 sebagai sebuah permulaan kepada kejohanan Piala Dunia FIFA 2014. Kejohanan ini bermula dari 15 hingga 30 Jun 2013. Brazil adalah juara bertahan.

Pertandingan ini merupakan pertandingan pasukan kebangsaan pertama yang menggunakan teknologi garisan gol, yang juga akan digunakan dalam Piala Dunia 2014.

Juara Euro 2012 Sepanyol mempunyai peluang untuk menjadi pasukan ketiga (selepas Argentina dan Perancis) untuk memenangi semua kejohanan utama FIFA yang terdiri daripada tiga iaitu: Piala Dunia, kejohanan bola sepak Olimpik dan Piala Konfederasi selepas layak ke perlawanan akhir. Bagaimanapun, Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan 3–0. Ia merupakan kejuaraan keempat mereka dan yang ketiga berturut-turut.